RINDUKU PADA SESEORANG PEMUJUK AISKRIM

Seringkali, sejak akhir-akhir ini hati ini mula merindukan dia. Bila berasa sedih, aiskrim akanku makan dan tak kisahlah berapa banyak kalipun tidak akan muak untukku. Dulunya dikala sedih tanpa sebab atau dengan sebab, ada seseorang yang akan seringkali memujukku dengan aiskrim, bukan kecik bekas dia beli, aiskrim bekas besar terus paling-paling tidak corneto. Pertama kali hingga kali terakhir akan ada. Itu kisah lama yang membuatku mula tersenyum sorang-sorang. Andai dia orang yang dulu aku rindukan bukan orang yang berbeza sekarang. Alkisahnya, semua itu takdir dari Allah. Bukan takdir untukku bersama dengannya dan juga bukan takdir untuk kami bahagia seperti orang lain yang bercinta. Banyak perkara yang tak dapat diungkapkan. Rindu yang ada hanya disimpan dalam hati untuk selama-lamanya. Dan berharap suatu saat nanti akan hilang tanpa ada kesan lagi dalam hati yang paling dalam ini. Kemungkinan dalam beberapa bulan mungkin bulan depan dia akan menjadi hak milik orang lain yang sah. Tanda noktah untukku berharap pada dia. Mungkin ada istilah patah balik tapi itu tidak semua akan berlaku. Andai ada itu satu keajaiban. Tapi untukku tiada istilah patah balik dalam hubungan yang adanya dulu. Dengan diriku yang memang sudah tidak lagi nampak masa depan yang bahagia itu dengannya apatah lagi dia yangku sudah ibaratkan orang asing dalam hidup bukan lagi si pemujuk aiskrim. Biarlah dia bersama orang lain yang akan memberi bahagia yang lebih dariku. Masa dah berdetik dengan cepat mungkin suatu masa nanti titik akan menjadi noktah untuk segala cerita kami bertahunnya dahulu akan berakhir tidak lama lagi. Selamat tinggal yang harusku ungkap dan buang sedihnya jauh-jauh demi menjadikan aku kuat dari sakarang dan untuk selama-lamanya. Ceriteraku dah lama bernoktah sebenarnya tapi dia masih belum halal pada yang lain yang membuatku masih berharap. Tapi harapan yang hanya sebuah angan-angan yang tiada hasilnya. Harusnya berhenti setakat ini tapi masih lagi sebab sayang membuatku terhimpit lagi dalam perasaan yang hanya sebuah kisah dusta semata-mata. Kuatkanlah hati ini. Tiada lagi pemujuk aiskrim. Ianya hanya sia-sia belaka. Berharap kisah itu pengubat yang boleh menutup kebencianku terhadapnya. Aku kuat demi diriku sendiri.

#cintahanyakisahmembuatdirilemah
#cintaseharusnyadihargaidanbukanditinggalkan
#kuatkudemidiriku

Comments

Popular Posts