Bulan 8 akhirnya, tak lama lagi keputusan untuk masuk university akan keluar. Aku harap aku dapat untuk 1st intake untuk tahun ini. Bulan ini adalah bulan yang aku rasa aku sangat gembira bila aku dapat balik kegembiraan yang aku pernah dapat dulunya. Hampir setahun aku menunggu dengan pelbagai rintangan serta tekanan yang datang yang tidak dapat elak. Aku harus menerima walaupun bagi aku setiap yang datang itu cukup memberi aku pelgai rasa. Aku tahu Allah ada bersam aku. Kadang-kadang manusia tidak dapat menahan dan bersabar dengan sesuatu yang menimpa. Tetapi bagi aku cukuplah aku menahan dengan sakit yang ada kerana aku tahu Allah akan datangkan perkara yang baik bagi aku. Aku manusia yang lemah dan sering buat salah. Lumrah hidup harus diterima. Aku percaya Allah akan beri aku keajaiban yang mana aku tahu ia akan datang cuma lambat atau cepat sahaja. Aku percaya dan aku yakin setiap yang ada itu ada hikmah. Alhamdulillah aku dapat merasakan ia sekarang walau sekecil-kecil zarah tapi aku bersyukur aku kembali rasa gembira itu. sabar dan tabah walaupun sakit tapi ia adalah yang terbaik.

Comments

Popular Posts