JATUH CINTA PADA...

Orang kata tak kenal maka tak cinta...
Kata-kata itu tak semestinya berkaitan dengan jatuh cinta pada seseorang sahaja. Ada banyak yang berkaitan dengan kata-kata tu. Bagi aku, aku pernah hadapi sesuatu yang baru dalam hidup aku. Aku cuba untuk mengenali dan akhirnya aku cukup suka dengan apa yang aku lakukan. Itulah lumrah hidup, kadang-kadang buat sesuatu yang tak suka akan buat kita jadi suka. Macam aku aku pernah gagal dalam mencapai cita-cita aku. Aku cuba sesuatu yang bukan cita-cita aku. Aku berani ambil bidang yang mana aku tak tahu langsung iaitu Sains Geomatik. Aku mula-mula aku rasa aku tak suka apa yang aku ambil. Aku paksa diri aku untuk cuba kerana aku tak ada peluang lain lagi setelah aku gagal capai cita-cita aku dulu. Setiap yang kita inginkan tak semestinya dapat. Aku tahu, aku redha. Tiada yang mampu aku halang kecuali berikhtiar mencari jalan keluar dari segala kegagalan. Macam-macam aku tempuh. Aku paksa kau cuba aku aku mencari. Tapi tak sangka ianya lagi baik dari apa yang inginkan. Aku berjaya habis diploma dengan jayanya. Aku suka bidang yang aku ambil.akau tak pernah menyesal. Aku tahu sepanjang aku pilih jalan itu, macam-macam aku hadapi dan tempuhi yang mengajar aku untuk menjadi seseorang yang lebih baik lagi. Dari soal pelajaran hinggalah soal keluarga dan cinta. Aku belajar sesuatu yang amat berharga yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Betullah orang kata pengalaman itu mengajar seseorang. Setiap yang aku hadapi aku sedar, sebenarnya setiap yang berlaku sangat indah dan kadang-kadang pahit. 

Comments

Popular Posts